Sarawak kaji mekanisme pengumpulan data PADU di pedalaman

Sarawak kaji mekanisme pengumpulan data PADU di kawasan pedalaman

ABANG Johari (duduk tengah) bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi di Ibu Pejabat PBB di Petra Jaya, Kuching Sarawak hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak menubuhkan satu jawatankuasa bertujuan mendapatkan maklumat khas bagi Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, di peringkat Sarawak, jawatankuasa itu akan bertindak mendapatkan butiran mengenai perkara itu daripada Kementerian Ekonomi.

“Proses itu akan diteliti antara Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Undang-undang, MA63, dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

“Selain itu, kita juga akan mengadakan seminar untuk memperkenalkan proses PADU serta menambah baik ketersambungan bagi membolehkan data yang dikumpulkan dihantar ke PADU,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abang Johari turut beri jaminan kerajaan Sarawak akan turut mencari cara untuk membantu mereka di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai sambungan internet.

“Kami akan membincangkan perkara itu dan mencari pilihan untuk kawasan pedalaman. Jika kawasan itu tidak mempunyai internet, kita akan mencari cara lain untuk mendapatkan data mereka” jelasnya.

Sebagai rekod, Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bertujuan untuk menghentikan ketirisan dan kebocoran dana kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan selama ini membelanjakan sekitar RM22 bilion untuk membantu golongan miskin dan mereka yang memerlukan khususnya di desa serta pedalaman.

Selain itu, Sistem PADU dibangunkan melalui kepakaran tempatan di Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN