Sanusi perlu jaga percakapan, elak guna perkataan tak sepatutnya

Sanusi perlu jaga percakapan, elak guna perkataan tak sepatutnya

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Ungkapan ‘barua’ yang dilontarkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor terhadap agensi kerajaan tidak menggambarkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seorang pemimpin harus menunjukkan sikap yang elok termasuk menjauhkan diri daripada mengungkap perkataan-perkataan tidak sewajarnya.

“Saya sebenarnya cuba menjarakkan diri (tidak mahu membuat kenyataan tentang ini). Proses pilihan raya sudah selesai, rakyat sudah buat keputusan, saya Muslim (beragama Islam). Agama mengajar saya akhlak, adab, akidah dan syariat. 

“Jadi pilihan untuk berkata-kata ini saya fikir biar kita hati-hati. Perkataan-perkataan yang seumpama itu (barua) atau yang sebelumnya biarlah kita elakkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit di Kuala Sungai, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Muhammad Sanusi yang mengingatkan agensi kerajaan supaya tidak menjadi ‘barua’ atau orang suruhan susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes rasuah RM6 juta melibatkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR berkata, Muhammad Sanusi juga perlu menjaga percakapannya untuk memastikan tiada ketegangan dalam hubungan antara kerajaan negeri dan agensi berkenaan.  

“Seorang pemimpin tu harus menunjukkan sikap yang lebih cantik, itu lebih kondusif. Saya fikir untuk menjaga hubungan ke depan nanti itu lebih baik,” ujarnya.

Sementara itu, menyentuh kenyataan penulis blog kontroversi Raja Petra Raja Kamarudin, beliau menyifatkan individu berkenaan sudah tidak mempunyai wibawa atau kredibiliti untuk diberi sebarang ulasan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN