LIPIS: Pemimpin negeri diminta mengutamakan pembangunan lestari dengan merancang secara berperingkat tanpa memusnahkan alam sekitar dan sumber warisan sejarah serta budaya. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, sikap ‘gila’ terhadap pembangunan dengan mendirikan bangunan tinggi perlu dikurangkan sebaliknya merancang pembangunan lestari sesuai keperluan setempat. “Pembangunan lestari mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat di samping dapat mengekalkan keharmonian penduduk berasaskan budaya dan nilai sejarah. “Pemusnahan alam sekitar tanpa…