Rakyat memang tunggu Tun M, Tun Daim disiasat – Mohd. Puad

Rakyat memang tunggu Tun M, Tun Daim disiasat – Mohd. Puad

DR. MAHATHIR MOHAMAD dan DAIM ZAINUDDIN re
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemimpin UMNO menyifatkan rakyat sudah lama menanti giliran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin disiasat.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sekiranya benar Daim disiasat, direman dan didakwa maka ia akan menjadi tajuk besar untuk tahun 2024.

Kata beliau, situasi tersebut tidak pelik dan Datuk Seri Najib Razak yang juga merupakan bekas Perdana Menteri sudah melalui pengalaman itu.

“Rakyat memang tunggu giliran Tun M (Mahathir) dan Tun Daim disiasat, dia kena terima hakikat (bahawa) dia tidak kebal. Biar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat, kekayaan Daim bocor bila viral ‘Kertas Pandora’

“SPRM kata siasatan terhadap Tun Daim berdasarkan Kertas Pandora. Baru rakyat tahu dua anak Daim memiliki syarikat BVI (British Virgin Island) ketika berumur 9 dan 12 tahun.

“Banyak misteri mengenai kekayaan Daim. Apakah kandungan Kertas Pandora itu benar? Biar SPRM siasat, kita pun hairan kenapa Daim tidak tersenarai 50 orang terkaya dalam ‘Forbes Malaysia’. Apa rahsianya?” katanya di dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, media melaporkan, SPRM menegaskan siasatan terhadap Daim dijalankan sejak Februari lalu susulan maklumat daripada Kertas Pandora yang didedahkan sebelum ini.

Kertas Pandora merujuk kepada berjuta-juta dokumen bocor yang didedahkan kepada umum pada 2021, yang didakwa mendedahkan akaun luar pesisir pemimpin masa kini dan masa lalu dari seluruh dunia, termasuk presiden, perdana menteri, bilionair dan ahli perniagaan terkemuka.

SPRM dalam kenyataan berkata, satu notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) diserahkan kepada Daim pada 7 Jun lalu yang menghendaki beliau supaya mengisytiharkan segala aset miliknya.

Jelas kenyataan itu, aset terbabit sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis dan akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN