PROLINTAS taja tuisyen percuma calon SPM

PROLINTAS taja tuisyen percuma calon SPM

WAKIL PROLINTAS, YPM dan pihak pengurusan SMK Taman Seraya bersama peserta Program Tuisyen Pintar YPM pada 18 November lalu. - IHSAN PROLINTAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 100 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada keluarga berpendapatan rendah menerima manfaat tuisyen secara percuma tajaan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (PROLINTAS) menerusi Program Tuisyen Pintar Yayasan Pelajaran Mara (YPM) serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PROLINTAS, Datuk Mohd. Azlan Abdullah berkata, menjadi tanggungjawab syarikat itu untuk melaksanakan inisiatif tanggungjawab korporat (CSR) berteraskan pendidikan.

Katanya, inisiatif CSR itu adalah kerjasama berterusan antara PROLINTAS bersama YPM sejak beberapa tahun lalu.

“Bukan semua ibu bapa mampu menawarkan tuisyen kepada anak-anak mereka memandangkan kosnya yang agak tinggi.

“Para pelajar berpeluang mendapatkan tip-tip menjawab kertas peperiksaan daripada tenaga pengajar bertauliah ketika sesi tuisyen berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Mohd. Azlan berkata, sebanyak lapan sekolah yang terletak berhampiran lebuh raya di bawah kendalian PROLINTAS dikenal pasti bagi mengambil bahagian dalam program itu dan antara sekolah yang terlibat ialah  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seraya, SMK Pandan Indah, SMK Tasik Permai dan SMK Dato’ Ahmad Razali.

“Sebanyak 10 sesi tuisyen dijalankan secara berpusat di SMK Taman Seraya selaku tuan rumah dengan fokus diberikan kepada empat subjek teras Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Pendidikan Islam” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya