Polis sahkan kebakaran kereta Ahli Parlimen Beruas berunsur khianat - Utusan Malaysia

Polis sahkan kebakaran kereta Ahli Parlimen Beruas berunsur khianat

ANGGOTA bomba memadam kebakaran kereta di kediaman Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Polis mengesahkan terdapat kemungkinan perbuatan khianat dalam kejadian kebakaran di garaj kediaman Datuk Ngeh Koo Ham sehingga menyebabkan tiga kenderaan dan sebahagian siling dan bumbung rumah Ahli Parlimen Beruas itu terbakar, awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, berkata ia berikutan penemuan satu botol disyaki ‘molotov cocktail’ di lokasi kejadian.

“Sehubungan itu, kes didiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api dan akan disiasat secara terperinci daripada pelbagai sudut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, usaha mengesan individu yang terlibat masih diteruskan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes tersebut.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian agar menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd. Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan.

Awal pagi ini, sebuah kereta milik Koo Ham rentung manakala dua lagi rosak dalam kebakaran di garaj kediaman Ahli Parlimen Beruas itu di Ayer Tawar, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus manakala Honda CRV dan Toyota Hilux masing-masing mengalami lima peratus kebakaran.

Turut terbakar ialah siling dan bumbung garaj kediaman di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar itu.

Berikutan kejadian itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, dalam kenyataannya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu yang mengancam keselamatan nyawa keluarga Koo Ham dan menegaskan bahawa apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima sekali dalam menangani perbezaan dalam masyarakat.

Menteri Pengangkutan itu juga menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan PDRM supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian itu dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya