PM minta KSU, Naib Canselor hantar laporan Program AI rakyat

PM minta KSU, Naib Canselor hantar laporan Program AI untuk rakyat

ANWAR Ibrahim melawat ke ruang pameran selepas merasmikan Program Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serang, hari ini. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Semua Ketua Setiausaha kementerian dan naib canselor diminta untuk menghantar laporan berhubung penglibatan penjawat awam dan pelajar dalam Program Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penekanan itu bagi memastikan semua pihak khususnya para pelajar dapat menyertai program itu yang bertujuan meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap AI.

Selain itu, Perdana Menteri mahu penyertaan dalam program tersebut dapat dicapai dalam tempoh satu juta dalam masa segera bermula hari ini.

“Saya tekankan untuk perkhidmatan awam, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan jangan tunggu bulan Februari.

“Dalam tempoh beberapa hari mesti ada usaha memperkenalkan AI kepada semua pelajar supaya dapat dibuktikan unjuran agar semua pelajar dan penjawat awam iaitu satu juta dapat (dilakukan) dalam satu tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Peluncuran Program ‘Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Rakyat’ di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM).

AI untuk Rakyat adalah program pembelajaran kendiri dalam talian yang direka untuk meningkatkan pemahaman dan kesedaran orang ramai terhadap AI.

Ia mudah diakses dan menarik untuk Rakyat dari pelbagai kumpulan umur, latar belakang, dan lokasi geografi di seluruh Malaysia.

Program dan soal selidik itu boleh diselesaikan mengikut kadar kemampuan sendiri serta mampu diselesaikan dalam tempoh empat jam untuk dua modul.

Justeru itu Anwar berkata, semua Ketua Setiausaha Kementerian dan naib canselor perlu menghantar laporan dalam hal-hal lain yang juga membabitkan aspek celik AI.

“Seperti mana arahan kita kepada semua Ketua Setiausaha kementerian, ketua jabatan dalam tempoh satu bulan sejak pengumuman mesti ada laporan.

“Semua KSU, KP (ketua pengarah) dan naib-naib canselor harus menghantar laporan dalam hal-hal lain, tapi dalam soal AI, laporan masing-masing apa yang dilakukan untuk melaksanakan usaha pencerahan atau kecelikan AI.

“Saya minta semua KSU, Naib Canselor beri laporan apa yang diusahakan dan berapa jumlah mengikut pengiraan anak-anak sudah tamat kursus empat jam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya