KUALA TERENGGANU: Sebuah tembok penghadang ombak akan dibina dalam tempoh terdekat untuk melindungi perigi lama berusia 101 tahun daripada ancaman hakisan pantai di Kampung Mengabang Kapal, Batu Rakit, di sini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris berkata, tembok penghadang ombak yang dianggarkan menelan belanja RM30,000 itu akan dibina oleh QPQ Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat kerajaan negeri sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka. Menurutnya,…










