Penyeludup lari ke dalam semak elak dicekup

Penyeludup lari ke dalam semak elak dicekup

KERETA yang digunakan oleh penyeludup untuk menyeleweng bahan api petrol ke negara ini berjaya ditahan KPDN Kelantan dengan kerjasama PPM Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di Mukim Delima, Tumpat, Kelantan-IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Dua penyeludup sanggup melarikan diri ke dalam semak bagi mengelakkan dicekup anggota penguat kuasa dalam  di tepi jalan Batas Besar, Mukim Delima di sini semalam.

Dalam pukul 11.30 pagi itu anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya merampas 1,950 liter minyak petrol.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, terdahulu pihaknya telah mengesan kereta jenis Proton Gen-2 dan Wira Aeroback telah membuat pengisian bahan api itu secara berulang di kawasan Pasir Pekan.

Menurutnya, curiga dengan perkara itu anggota bertugas terus bertindak mengekori suspek untuk pemeriksaan.

“Menyedari kehadiran pihak kami, suspek telah bertindak meninggalkan kereta dan melarikan diri ke dalam semak berhampiran jalan Batas Besar, Mukim Delima bagi mengelakkan daripada ditahan.

“Pemeriksaan keatas kedua-dua buah kereta itu membawa kepada penemuan 1,950 liter minyak petrol,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, pihaknya percaya minyak petrol itu kemudian akan dibawa ke pangkalan haram di sempadan sebelum diseludup ke negara jiran.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN