BESUT: Pengarah Urusan Syarikat Male Beach Resort Sdn. Bhd. di Pulau Perhentian di sini didenda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen Besut berhubung kesalahan gagal memastikan keselamatan bangunan semasa pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua pekerja warga asing pada November tahun lalu. Tertuduh, Lee Boon Han, 55, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud di Mahkamah Sesyen Besut, di sini, semalam Beliau juga mengarahkan agar tertuduh dipenjara…