Penduduk berhimpun nyata sokongan kepada Palestin

Penduduk Taman Seroja berhimpun nyata sokongan kepada Palestin

Sebahagian penduduk yang menyertai Himpunan Solidariti Untukmu Palestin di Taman Seroja, Tampoi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kezaliman rejim Zionis terus mendapat simpati banyak pihak.di negara ini.

Terbaharu, lebih 100 penduduk menyertai Himpunan Solidariti Untukmu Palestin di Taman Seroja, Tampoi, di sini, hari ini.

Yang turut hadir pada program itu ialah Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang turut menzahirkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin, khususnya penduduk Gaza yang terkesan akibat peperangan tersebut.

Para penduduk yang hadir memegang sepanduk dan poster sebagai tanda solidariti mereka menentang kekejaman tentera Zionis terhadap penduduk Gaza.

Turut diadakan sempena perhimpunan itu adalah Seroja Fest yang membuka kaunter pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) dan Tabung Haji selain jualan gerai makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya