PUTRAJAYA: Jemaah menteri mengutuk serangan menggunakan bahan letupan, molotov cocktail ke atas kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Manjung, Perak, semalam. Menyifatkan tindakan itu jelas melanggar undang-undang, jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pelaku serangan tersebut. Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, jemaah menteri turut mengingatkan rakyat supaya bertindak berlandaskan undang-undang termasuk dalam mengurus perbezaan pandangan. “Jangan sesekali cuba membuat percubaan mengapi-apikan sentimen atau menghasut rakyat melanggar undang-undang. “Jemaah menteri turut memberi amaran keras bahawa sebarang tindakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya