Pelajar ditemukan lemas di kawasan paya - Utusan Malaysia

Pelajar ditemukan lemas di kawasan paya

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat mengusung mayat Muhammad Hazrie Ezani Abdullah yang ditemukan lemas di kawasan paya berhampiran Kampung Rantau Abang, Dungun, petang tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Rantau Abang, ditemukan lemas ketika mandi bersama empat lagi rakannya di kawasan paya berhampiran Kampung Rantau Abang, di sini, petang tadi.

Mayat Muhammad Hazrie Ezani Abdullah, 16, ditemukan oleh pasukan penyelamat pada kedalaman empat meter kira-kira pukul 6.10 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shahrizal Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.13 petang sebelum menggerakkan seramai 22 anggota bomba ke lokasi kejadian.

“Difahamkan, mangsa tiba-tiba lemas ketika mandi bersama empat lagi rakannya.

“Empat rakannya yang menyedari mangsa lemas bertindak meminta bantuan penduduk kampung berdekatan sebelum mereka menghubungi pasukan penyelamat,” katanya di sini, petang tadi.

Shahrizal berkata, mangsa kemudiannya ditemui di dasar paya tersebut pada kedalaman empat meter.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya