GEORGE TOWN: Pengguna air di Pulau Pinang terutama pengusaha restoran merayu pengecualian bayaran bil air untuk sebulan kerana penggunaannya yang didakwa tidak terkawal ketika persiapan gangguan bekalan berjadual bermula 10 Januari lalu. Mereka yang ditemui Utusan Malaysia memohon pertimbangan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) agar diberi ‘saguhati’ kepada semua pengguna air terjejas. Bukan setakat itu, ada dalam kalangan mereka mula melahirkan kebimbangan mengenai kadar bulanan bil air yang bakal…










