Le Sports Arena anjur liga bola sepak bawah 16 tahun

Le Sports Arena anjur liga bola sepak bawah 16 tahun

ANTARA pasukan yang menyertai Kejohanan Liga Bola Sepak Remaja bagi kategori umur bawah 16 tahun November lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Le Sports Arena tampil inisiatif tersendiri dengan menganjurkan Kejohanan Liga Bola Sepak Remaja bagi kategori umur bawah 16 tahun bermula November lalu.

Kejohanan berkenaan akan berlangsung sehingga Februari hadapan bertempat di padang bola sepak sintetik Gardens Arena, Rawang dengan menampilkan pemain-pemain daripada lapan pasukan terpilih.

Pengarah Urusan Gardens Arena, Shaheful Ardan Adenan berkata, perlawanan ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan semangat kecergasan melalui penglibatan dalam sukan bola sepak secara sihat dan berpasukan.

SHAHEFUL ARDAN ADENAN

Katanya, usaha ini dilakukan untuk memajukan sukan bola sepak di peringkat negara serta mencipta persekitaran yang kondusif bagi pembangunan fizikal dan mental komuniti sukan.

“Matlamat kami adalah untuk memupuk semangat bersukan secara sihat dan berpasukan dalam arena bola sepak.

“Para peserta yang terlibat juga dapat meluangkan masa lapang mereka dengan aktiviti berfaedah sekali gus terhindar daripada kegiatan yang tidak memberi manfaat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

GELANGGANG Gardens Arena beroperasi setiap hari bermula pukul 8 pagi sehingga 2 pagi dengan penetapan harga sewaan mengikut hari dan waktu.

Antara lapan pasukan terpilih menyertai liga ini adalah Black Eagle Youth, Rawang United, Maya FT, Sungai Buaya FC, Tabura United FC, Sungai Buloh Rovers, Santai FC dan Lagenda FC.

Selain itu, katanya, setiap pasukan yang menyertai liga ini dikenakan bayaran sebanyak RM500 sebagai yuran pendaftaran namun pasukan yang berjaya memperoleh gelaran juara dan naib juara akan menerima ganjaran berupa wang tunai.

“Pasukan yang dinobatkan sebagai Johan untuk keseluruhan liga bola sepak bawah 16 tahun ini akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500 manakala Naib Johan pula akan menerima RM800,” katanya.

Sementara itu, Shaheful berkata, pelaksanaan pertandingan ini juga merupakan inisiatif bagi mempromosikan padang Gardens Arena yang beroperasi setiap hari bermula pukul 8 pagi sehingga 2 pagi.

“Penetapan harga sewaan adalah mengikut hari dan waktu. Untuk hari minggu harga bermula RM600 hingga RM1,040 manakala pada hujung minggu pula harga bermula RM600 hingga RM960.

“Setiap harga sewaan yang ditetapkan telah termasuk dengan perkhidmatan pengadil di mana ia dapat memudahkan para penyewa yang akan bermain bola sepak di situ,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan sewaan padang, orang ramai boleh melayari laman rasmi Instagram @gardens.arena.official.slot. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya