KOTA BHARU: Rakyat negeri ini kurang senang dengan keputusan Kerajaan Negeri Kelantan menaikan tarif bekalan air sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu yang dianggap tidak setimpal dengan kualiti perkhidmatan diterima mereka. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata rakyat menyifatkan keputusan itu tidak wajar berpandukan kepada kualiti air yang keruh diterima oleh mereka. Menurut mereka, walaupun kenaikan itu dilihat rendah, ia tidak setimpal dengan perkhidmatan yang ditawarkan sehingga ada dalam kalangan…










