Konsert Mega Zikir Terapi berjaya kumpul dana RM621,000

Konsert Mega Zikir Terapi berjaya kumpul dana RM621,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dana berjumlah RM621,000 berjaya dikumpulkan bagi disalurkan kepada rakyat Palestin yang tertindas di Semenanjung Gaza menerusi Konsert Mega Zikir Terapi yang berlangsung di Istana Budaya, semalam.

Jumlah kutipan berkenaan diumumkan semasa konsert yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cinta Gaza Malaysia menampilkan pelbagai artis seperti Inteam, UNIC dan Ikhwan Fatanna.

Pengarah konsert itu, Fitri Haris berkata, hasil jualan tiket dan sumbangan yang diperoleh semasa acara tersebut akan disalurkan 100 peratus kepada organisasi berkenaan serta badan NGO lain.

“Konsert ini bertujuan membangkitkan rasa cinta rakyat Malaysia kepada penduduk di Palestin.

“Walaupun latihan dan persiapan hanya dilakukan dalam tempoh tiga minggu sahaja, Alhamdulillah, ia berjaya dilaksanakan dengan jayanya,” katanya semasa menyampaikan ucapan penutup konsert tersebut di hadapan penonton, semalam.

Konsert yang berlangsung selama dua jam itu, turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi, Khai Bahar yang menyampaikan lagu Luluh dan Cahaya 114.

Persembahan Khai yang berjaya menyampaikan lagu Luluh dengan sempurna tanpa sebarang emosi dipuji ramai walaupun dirinya berdepan dugaaan besar apabila kehilangan ibu tercinta, Rosnah Muhammad, 61, yang meninggal dunia, Rabu lalu.

Turut mencuri tumpuan adalah kemunculan penyanyi, Bienda yang merupakan anak kepada penyanyi dangdut terkenal, Sheeda pada era 1990an, yang berjaya menjentik emosi penonton menerusi lagu Atouna El Toufoule sambil dilatari video kanak-kanak Palestin.

Penyanyi lagu popular era 90an, Nizam Laksamana turut membuat persembahan selingan menerusi lagu Gugurnya Bunga Cinta yang diberi nafas baharu dengan judul Gugurkan Dosa Hamba di hadapan kehadiran lebih 3,000 penonton.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN