Kerajaan perlu ambil iktibar gangguan di Laut Merah - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu ambil iktibar gangguan di Laut Merah

Laut Merah
ANGGOTA Pengawal Pantai Yemen yang bergabung dengan kumpulan Houthi meronda di Laut Merah sebagai solidariti dengan penduduk Gaza. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Malaysia perlu memastikan jaminan terhadap akses laluan di Selat Melaka dan Laut China Selatan tidak terganggu berikutan kebergantungan negara terhadap ekonomi maritim seperti mana yang berlaku di Laut Merah.

Penganalisis dasar luar, strategi dan keselamatan, Collins Chong Yew Keat berkata, persoalan itu timbul berikutan Laut China Selatan menjadi zon sensitif apabila kawasan tersebut dituntut pelbagai negara termasuk Malaysia sendiri dan China di samping perairan bagi pelayaran bebas.

“Malaysia merupakan negara dagang maritim, laluan kritikal seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan adalah nadi yang perlu dilindungi sepenuhnya termasuk kebergantungan terhadap minyak dan gas dalam kawasan yang turut dituntut oleh China.

“Untuk memastikan kepentingan masa depan dan kebaikan ekonomi kita dimasa depan terhadap dagangan serta supply chain dan kebergantungan kepada aset minyak dan gas, kedaulatan serta integriti wilayah kita mesti dilindungi,” katanya, hari ini.

Terdahulu, tindakan kumpulan Houthi di Iran terhadap kapal komersial di Laut merah dilapor menyebabkan gangguan teruk kepada rantaian perkapalan global apabila sejumlah besar peluru berpandu dan senjata lain disasar kepada pengangkutan komersial itu.

Selain itu, gangguan turut dilaporkan menerusi serbuan menggunakan helikopter terhadap kapal-kapal yang mempunyai kaitan dengan Israel sebagai sebahagian daripada membalas dendam terhadap kempen pengeboman berterusan yang dilakukan terhadap Gaza.

Bagaimanapun, beberapa negara kemudian bertindak balas menerusi siri serangan terhadap puak tersebut bertujuan menghalang tindakan bagi melindungi laluan kapal perdagangan.

Ketika ini, kapal perdagangan dilapor menggunakan laluan lain yang lebih lama dan jauh menyebabkan berlaku gangguan dalam rantaian bekalan global.

Jelas beliau, Malaysia terletak dalam kedudukan strategik di sepanjang Selat Melaka yang mana Pelabuhan Klang merupakan pelabuhan terbesar negara dan antara tersibuk di dunia. 

Sementara Laut China Selatan pula merangkumi Pelabuhan Kuantan dan Bintulu menjadikan negara ini sebagai checkpoint maritim yang strategik di rantau ini.

Dalam pada itu, Collins Chong menjelaskan, Malaysia juga perlu mengukuhkan hubungan negara-negara ASEAN serta Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan juga Eropah yang mempunyai kuasa ekonomi besar.

“Apabila kita kekurangan dari segi keupayaan pertahanan persendirian, kita mesti mempunyai perkongsian strategik dan pakatan dengan rakan kongsi yang boleh dipercayai dan berkesan,” ujarnya.

Bagaimanapun, tambahnya lagi, semua itu hanya boleh dicapai melalui anjakan yang berani dan strategik dalam dasar luar dan pertahanan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya