Kerajaan benar bawa masuk pekerja asing untuk perladangan

Kerajaan benar bawa masuk pekerja asing untuk sektor perladangan

pekerja asing
JOHARI Abdul Ghani (kiri) menanam pokok kelapa sawit dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Lembaga Sawit Malaysia (MPOB), Bangi. -UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Kerajaan membenarkan kemasukan pekerja asing untuk sektor perladangan bagi menampung permintaan 40,000 tenaga buruh dalam bidang tersebut.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, namun kebenaran itu perlu dipastikan seiring dengan peraturan ketat termasuk mematuhi spesifik digariskan kerajaan dan bilangan pekerja yang diperlukan oleh setiap ladang memohon.

Katanya, mana-mana syarikat ladang yang membawa masuk pekerja asing perlu memohon kepada Kementerian Sumber Manusia dan pihak berkenaan akan memastikan daripada pelbagai aspek terutama tempat tinggal dan jumlah tenaga buruh diperlukan sebelum memberi kebenaran.

“Saya dimaklumkan Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Sumber Manusia. Kedua-dua kementerian menyatakan bahawa pekerja asing selain perladangan tidak dibenarkan masuk.

“Untuk perladangan terbuka, tetapi kita hendak pastikan bahawa setiap syarikat terlibat mengendalikan kelapa sawit khususnya termasuk ladang komoditi, mereka hendaklah pastikan pekerja mengikut spesifik pekerja di ladang.

“Selain itu, kita pastikan sesiapa nak bawa pekerja asing, kena dipastikan tempat tinggal yang elok dan sempurna kerana tidak mahu pekerja asing ini dianggap duduk menyebabkan kita dituduh melakukan buruk paksa,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) di sini hari ini.

Buat masa ini, kuota pengambilan pekerja asing masih dibekukan dan Kabinet belum membuat sebarang ketetapan baharu berhubung perkara tersebut.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tempoh permohonan bagi membawa masuk pekerja asing telah dipendekkan daripada 29 bulan dan 13 hari kepada 15 bulan dan 23 hari.

Bagaimanapun katanya, ia hanya akan berkuat kuasa apabila kuota untuk pengambilan pekerja asing kembali dibuka.

Mengulas lanjut, Johari berkata, majikan yang membawa masuk tenaga asing ke negara ini perlu membayar gaji pekerja mereka, walaupun tidak diberi kerja.

“Masa nak mohon nanti, kena pastikan ladang di mana dan berapa luas. Contohnya kelapa sawit, purata lapan hektar hendak satu pekerja, jika 1,000 hektar maka diperlukan 80 pekerja.

“Setiap syarikat ladang perlu memastikan bahawa kehendak pekerja asing itu hanya spesifik untuk kerja-kerja di ladang, bukannya mohon sektor ladang, tetapi bekerja sektor lain,” katanya.

Katanya, segala langkah kawalan ketat tersebut bagi memastikan semua pihak mematuhi undang-undang khususnya bagi mengelakkan negara ini dituduh mengamalkan pemerdagangan manusia dan buruk paksa.

Beliau menegaskan mana-mana syarikat dan ejen yang melanggar peraturan bakal dikenakan tindakan dan perkara itu perlu diambil perhatian semua pihak agar Malaysia tidak dituduh melakukan amalan buruk paksa di samping menampung keperluan industri yang kini berhadapan kekurangan tenaga kerja. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya