PETALING JAYA : Beberapa kenderaan mewah milik bekas setiausaha politik bekas menteri dan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai hasil meminta serta menerima suapan daripada beberapa syarikat yang mendapat tender di sebuah kementerian. Semua kenderaan yang disita terdiri daripada Rolls Royce Ghost V12 Ewb, Mercedes-Benz G63 Amg Brabus, Range Rover Autobiography, Porche Cayenne, Toyota Land Cruiser, Mini Cooper Works Rhd, Toyota Alphard dan…










