Penyertaan wanita dalam agensi Allianz Life catat rekod tertinggi

Penyertaan wanita dalam agensi Allianz Life catat rekod tertinggi

RAYMOND CHEAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) mencatatkan sejarah baharu apabila golongan wanita menyumbang sebanyak 53 peratus daripada jumlah rekrut baharu agensinya bagi tahun 2025.

Pencapaian itu menandakan perwakilan wanita tertinggi pernah direkodkan syarikat setakat ini, sekali gus menyaksikan pengambilan wanita melepasi paras pariti buat kali pertama berbanding lelaki (47 peratus).

Ketua Pegawai Jualan Allianz Life, Raymond Cheah berkata, trend tersebut mencerminkan perubahan struktur tenaga kerja yang lebih mementingkan laluan kerjaya fleksibel dan berorientasikan tujuan, terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan.

“Penyertaan wanita yang semakin meningkat ini mencerminkan jangkaan kerjaya yang sedang berkembang. Dengan melabur dalam komuniti yang kukuh dan platform pembangunan yang jelas, kami berhasrat memupuk persekitaran untuk wanita membina kerjaya mampan sebagai Allianz Life Changers,” katanya dalam kenyataan.

Data dalaman syarikat turut mengukuhkan hala tuju strategik tersebut apabila 80 peratus daripada 10 ejen berprestasi terbaik Allianz Life pada tahun 2024 terdiri daripada golongan wanita.

Bagi menyokong momentum tersebut, Allianz Life telah memperkenalkan program pengambilan khusus, SheSecures pada Januari 2025. Program di bawah rangka kerja pembangunan agensi Kingmaker ini direka untuk memperkukuh keupayaan kepimpinan serta membina rangkaian sokongan rakan sebaya.

Salah seorang peserta, Canon Lim dari Agensi MB8 yang juga ibu kepada empat orang anak berkata, program tersebut membantunya menemui semula keyakinan diri dan pengetahuan kewangan yang berharga melangkaui tanggungjawab harian.

Nada yang sama dikongsi oleh pemilik perniagaan kecil dari Agensi ACP, Grace Lim yang menyifatkan komuniti SheSecures mendorongnya untuk mempercayai kebolehan diri dalam mengejar matlamat kerjaya yang lebih bermakna.

Allianz Life menjangkakan corak pengambilan ini akan terus disokong oleh peningkatan keutamaan terhadap model kerjaya keusahawanan dan komited untuk terus meningkatkan platform pembangunan agensi di seluruh negara bagi memastikan pertumbuhan lestari dalam industri insurans hayat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN