Kecaman dan kritikan tak boleh bunuh cinta seni saya - Aina Abdul - Utusan Malaysia

Kecaman dan kritikan tak boleh bunuh cinta seni saya – Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Biarpun berdepan kecaman dan kritikan dari pelbagai sudut, penyanyi, Aina Abdul tetap terus melangkah dan bertahan memeluk prinsip serta cinta mendalamnya terhadap dunia seni.

Namun akuinya, sebagai manusia biasa, adakala perasaan mengalah dan berputus asa itu hadir memberi kata dua kepadanya sama ada untuk terus bertahan atau menjauh dari cinta seninya.

“Pada akhirnya, kita semua manusia biasa. Ada rasa penat, mahu mengalah. Tetapi saya tetap teruskan kerjaya seni ini walaupun ditekan, diasak.

“Minat saya terlalu mendalam. Kerana cinta itu adalah perkara yang orang tak boleh bunuh. Dari kecil saya melihat idola menyanyi di layar kaca, jadi semangat itu saya serap sehingga sekarang.

“Saya sudah sampai ke tahap ini, takkan kerana kecaman dan kritikan saya mahu mengalah lagi? Sayang sekali, usaha saya untuk sampai ke tahap ini sangat sukar,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, penyanyi Terus Hidup itu juga sering mengingatkan diri sendiri untuk tidak merasa puas dengan setiap kejayaan yang dikecapi malah jangan pernah lupa dengan kegagalan yang pernah dilalui.

“Saya bukan seorang yang senang berasa puas. Bukan Aina Abdul kalau dia cepat berpuas hati. Saya bertarung dengan diri sendiri. Saya sentiasa mahu lebih dan lebih lagi.

“Saya membuktikan kepada diri sendiri sebenarnya. Apa kemampuan yang saya boleh buktikan? Apa lagi yang saya boleh but. Sejauh mana saya boleh berkarya,” kongsinya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN