Jumpa di mahkamah - Perang Fathia, Anju makin panas - Utusan Malaysia

Jumpa di mahkamah – Perang Fathia, Anju makin panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Perang’ media sosial antara Zalina Anjoulie dengan bekas sahabat baik, Fathia Latiff terus mencuri tumpuan apabila pelakon itu memberi bayangan bakal mengambil tindakan undang-undang.

Menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik Fathia di InstaStory, pelakon Ariana Rose itu turut menyifatkan Zalina yang mesra dipanggi Anju berhati busuk kerana mengeluarkan kata-kata yang tidak baik mengenai dirinya dalam sebuah video yang tular sebelum ini.

“Hai Anju, aku nampak video kau bercakap buruk tentang aku, sememangnya itulah perangai kau. Berhati busuk. Sebelum kau bercakap apa-apa terhadap orang lain, tengoklah diri sendiri dulu.

“Kau pun lebih tua dari aku. Aku akan jumpa kau di mahkamah bila aku dah balik dari luar negara nanti,” katanya.

Fathia turut meminta Anju untuk bermuhasabah lebih-lebih lagi dia baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah.

“Pergilah pakai balik tudung memandangkan kau baru balik dari umrah.

“Tutuplah kepala kau daripada bercakap benda bodoh mengenai orang yang pernah kau panggil kawan.

“Kau tikam belakang, tolonglah malu dengan diri kau,” katanya lagi.

Sebelum ini, Anju mendedahkan pernah menerima nasib serupa seperti Zahirah MacWilson apabila dihina oleh Fathia membuatkan persahabatan mereka musnah.

Menurutnya, Fathia sering menganggap persahabatan mereka dibina atas dasar populariti dan jumlah pengikut di media sosial.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN