Hati dia busuk, sebab itu kami putus kawan - Zarina Anjoulie - Utusan Malaysia

Hati dia busuk, sebab itu kami putus kawan – Zarina Anjoulie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kalian semua boleh rasa tak busuk hati dia? Sebab itu Anju berhenti kawan dengan dia.”

Demikian luahan pelakon sensasi, Zarina Anjoulie yang mendedahkan perangai sebenar aktres, Fathia Latif yang ketika ini mencetuskan kontroversi mengaitkan nama pelakon lain.

Dakwa Zarina, Fathia sentiasa dibelenggu sikap membanding-bandingkan dan berprasangka buruk terhadap orang lain yang mungkin tidak lagi mempunyai kaitan dengan hidupnya.

“Awak semua tahu kan apa yang sedang jadi dengan Fathia? Ada benda Anju nak cerita sikit. Kalau tengok video itu, itulah masalah sebenar dengan Fathia ini.

“Kalau awak semua ingat dulu Anju pernah kawan dan gaduh dengan dia, inilah sebabnya. Busuk hati dia, sebab itu kami putus kawan.

“Kalau lepak bersama, dia akan cakap Anju kawan dengan dia sebab followers? Lima tahun ulang benda sama. Tidak ada perubahan langsung. Orang normal tak cakap macam itu ya,” katanya.

Pelakon Anak Pontianak itu mendedahkan perkara tersebut menerusi siaran langsung di Instagram semalam.

Malah dalam siaran langsung itu juga, Zarina turut mendakwa pernah berhadapan dengan situasi sama yang dilalui pelakon, Zahirah Mcwilson yang dikatakan berwajah seperti bibik oleh Fathia.

“Saya terkejut dia bersungguh-sungguh kecam Zahirah. Dulu saya nak cerita, tapi mungkin orang tak percaya.

“Cuma ketika itu saya percaya, masanya akan tiba sebab orang macam dia takkan boleh sorok perangai sebegitu lama-lama.

“Saya tidak benci dia, saya doakan dia baik-baik, saya sangat berharap satu hari dia akan berubah. Saya berharap satu hari nanti dia kahwin dan akan bahagia,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN