Berhati-hati keluar kenyataan - Utusan Malaysia

Berhati-hati keluar kenyataan

SAARANI Mohamad (dua dari kiri) bersama pelajar pada pembukaan Taman Batuan Geologi di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Seri Iskandar hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menasihati agar semua pihak berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan kerana dikhuatiri boleh menyinggung perasaan orang lain.

Katanya, hal itu bukan sahaja melibatkan isu agama, raja dan kaum (3R) malah semua perkara yang ingin diperkatakan supaya keharmonian masyarakat dapat dijaga.

“Sama ada secara kenyataan bertulis, menggunakan media sosial atau bercakap, kita kena sentiasa berhati-hati. Apa yang kita hendak cakap itu kita kena semak adakah ia mengguris perasaan orang lain.

“Kadang-kadang kita rasa gembira, kita rasa bergurau. Tetapi ada orang tidak dapat menerima gurauan itu. Itulah ramuan komunikasi yang baik di antara manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada pembukaan Taman Batuan Geologi atau Geological Rock Garden (GRG) oleh Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar di sini hari ini.

Semalam, beliau juga mengingatkan semua supaya tidak bertindak luar batasan, susulan berita kediaman ahli politik DAP dibaling ‘molotov cocktail’ atau bom petrol.

Beliau berkata semua orang termasuk dirinya tidak boleh bertindak sedemikian yang mengakibatkan keadaan huru-hara sehingga mengancam keselamatan awam selain berisiko mencetuskan banyak lagi perbuatan balas dendam.

Semalam, rumah Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar dibaling bom petrol dan menyebabkan kebakaran yang memusnahkan satu daripada keretanya.

Akibat kejadian itu, tiga kereta musnah dalam termasuk Mercedes E300, yang terbakar kira-kira 80 peratus. Turut terbakar sebahagian ialah kereta Honda CRV, Toyota Hilux, serta bumbung anjung rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya