Bekas COO syarikat GLC beri tender pada suami direman - Utusan Malaysia

Bekas COO syarikat GLC beri tender pada suami direman

reman GLC
SUSPEK ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang bekas ketua pegawai operasi (COO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan pemberian kerja pengangkutan kepada ahli keluarga bernilai RM280,000.

Permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dibenarkan oleh Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman yang mengeluarkan perintah tersebut terhadap suspek wanita berusia 40-an selama tiga hari bermula hari ini.

Sumber berkata, suspek terdahulu ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam ketika selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan tersebut pada dua tahun lalu. 

“Suspek dikatakan menyalahgunakan kuasa dengan terlibat dalam pelantikan syarikat milik suaminya sebagai syarikat subkontrak pengangkutan.  Nilai kerja-kerja tersebut dianggarkan lebih RM300,000 bagi tempoh setahun bermula Mei 2022,” katanya hari ini. 

Jelas sumber,  semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim menegaskan kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta ASPRM 2009. – UTUSAN

SUSPEK ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya