Banjir gelombang keempat landa Terengganu - Utusan Malaysia

Banjir gelombang keempat landa Terengganu

PENDUDUK, Lee Keng Ge melihat paras air di hadapan rumahnya selepas hujan lebat di Lorong Gemia, Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang keempat mula melanda Terengganu hari ini dengan 24 mangsa daripada tujuh keluarga kini ditempatkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Marang.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga kini berada di Dewan Orang Ramai Bukit Parit.

Menurutnya, dua lagi PPS iaitu Dewan Sivik Wakaf Tapai dan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mengkuang pula masing-masing menempatkan enam mangsa.

“Banjir yang berlaku adalah disebabkan limpahan air sungai berdekatan ke rumah penduduk yang terletak di kawasan yang agak rendah.

“Ketika ini, situasi agak baik kerana air mulai surut namun penduduk tetap perlu berwaspada kerana Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat berterusan hingga esok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan tiada lagi sungai yang telah melepasi paras bahaya setakat pukul 4 petang ini.

Bagaimanapun, Sungai Nerus di Kampung Langkap (daerah Setiu) dan Sungai Tumpat di Kampung Kemasik (daerah Kemaman) kini menunjukkan bacaan melepasi paras amaran.

Dua sungai di daerah Hulu Terengganu iaitu sungai Tersat dan Sungai Telemong pula menunjukkan bacaan melebihi paras berjaga-jaga.

Selain itu, bacaan stesen di Sungai Dungun, Kampung Pasir Raja (Daerah Dungun) dan parit utama di Padang Kemunting (daerah Kuala Nerus) juga menunjukkan ketinggian air melebihi paras berjaga-jaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya