Anggota polis berpangkat sarjan dituduh terima suapan - Utusan Malaysia

Anggota polis berpangkat sarjan dituduh terima suapan

Polis rasuah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM3,000 berhubung siasatan kes cabul, dua tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Nur Mastisha Maidinsha, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhannya dibacakan dihadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Tertuduh yang bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-kanak Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dituduh menerima suapan itu daripada seorang lelaki.

Suapan tersebut didakwa sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap anak lelaki tersebut bagi kesalahan mencabul yang merupakan kesalahan dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah stesen minyak di Cheras pada pukul 8.05 malam, 12 Oktober 2022.

Justeru, dia dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan, Nur Mastisha berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi sekiranya disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atiqah Mohamad Alias kemudian memohon mahkamah menggunapakai jaminan RM2,000 dan melaporkan diri ke pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan yang telah dikenakan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Pendakwaan turut memohon agar kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama. Nur Mastisha yang tidak diwakili peguam tidak membantah perkara berkenaan.

Mahkamah membenarkan kesemua permohonan pihak pendakwaan dengan sebutan semula kes pada 17 Mac depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya