Abang jadi 'talian hayat' teruskan kehidupan

Abang jadi ‘talian hayat’ teruskan kehidupan

SULAIMAN Omar (kiri) menemani Ismail yang sakit kronik di rumahnya di Kampung Telaga Gajah, Banggol Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki dari Kampung Telaga Gajah di sini yang terkena jangkitan kuman pada bahagian paru-paru dan hati terpaksa bergantung kepada abangnya untuk menguruskan kehidupan selepas hilang upaya untuk berbuat demikian.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ismail Omar berkata, dia mula diserang penyakit itu sejak Julai tahun lalu menyebabkan tubuhnya semakin lemah.

Menurutnya, dia pernah diserang penyakit angin ahmar sebanyak tiga kali pada Mei lalu sekali gus menyaksikan dia terlantar beberapa bulan.

“Sejak itu abang (Sulaiman, 63) menjadi ‘talian hayat’ dan dia lah yang bertanggungjawab menguruskan kehidupan saya.

“Pada masa sama, semua barangan keperluan saya dan rumah disediakan oleh abang selepas hilang upaya untuk bekerja,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ismail memberitahu, semasa sihat dia bekerja sebagai pembantu kedai dan tinggal bersama adik lelaki bongsu berusia 48 tahun di Kampung Kubur Kuda.

Dalam pada itu Sulaiman berkata, dia nekad akan terus menjaga adiknya itu selagi kudratnya masih ada.

Katanya, pekerjaan sebagai pencuci kubur memberi banyak masa terluang untuk membantu menguruskan Ismail.

“Setiap bulan, sebanyak RM500 diperlukan untuk membeli lampin pakai buang, susu khas dan lain-lain keperluan untuk Ismail.

“Alhamdulillah, adik ada terima bantuan daripada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) baru-baru ini. Saya difahamkan pihak Maik juga akan berusaha untuk memberi bantuan wang bulanan kepada adik,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 03100-29-00091290-7 atas nama Sulaiman Omar atau boleh menghubunginya di talian 017-9368174. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×