72,929 calon duduki SPM 2023 di Selangor - Utusan Malaysia

72,929 calon duduki SPM 2023 di Selangor

SPM Selangor
TELAAH saat akhir dilakukan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 sebelum memasuki dewan peperiksaan ketika tinjauan calon menduduki peperiksaan SPM di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 72,929 calon mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di 491 buah pusat di Selangor, hari ini.

Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Hanisah Mohd. Ali berkata, sejumlah 8,046 petugas peperiksaan terdiri daripada 1,062 sukarelawan dalam kalangan lepasan institusi pengajian tinggi, pesara kerajaan dan swasta dilantik untuk membantu mengendalikan perjalanan peperiksaan.

“Calon SPM paling ramai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana dengan membabitkan 13,755 individu atau 18.9 peratus daripada calon berdaftar di negeri ini. Setiap calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan penyata pendaftaran peperiksaan ke pusat peperiksaan.

“Selain itu, mereka turut dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Bilik Operasi JPN di talian 03-55186114 sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan SPM kertas Bahasa Melayu 1 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, hari ini.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di sekolah berkenaan mendapati calon hadir seawal pukul 6.30 pagi sebelum dibekalkan sarapan pagi sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya