14,457 penjawat awam di Terengganu terima bonus RM2,000 - Utusan Malaysia

14,457 penjawat awam di Terengganu terima bonus RM2,000

TENGKU RAROK HUSSIN TENGKU ABDUL JALIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seramai 14,457 penjawat awam di Terengganu akan menerima bonus sebanyak RM2,000 pada tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, jumlah tersebut sama seperti bonus yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat untuk kakitangan awam di seluruh negara.

Menurutnya, pembayaran tersebut juga akan dibuat sama seperti yang diumumkan Kerajaan Pusat iaitu pada Mac depan.

“Saya tahu ramai (penjawat awam Terengganu) tertunggu-tunggu pengumuman bonus ini.

“Seperti kata Menteri Besar (Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar) sebelum ini bahawa bonus itu akan diberi secara pentadbiran.

“Jadi kalau ikut pentadbiran, kita ikut seperti apa yang disarankan oleh Kerajaan Persekutuan iaitu sebanyak RM2,000,” karanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Hari Pangkalan Data Utama (PADU) Bersama Penjawat Awam Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Polemik mengenai agihan bonus kepada penjawat awam di Terengganu mula dipertikaikan apabila ia tidak diumumkan seperti biasa melalui Belanjawan Terengganu 2024.

Ketika itu, Ahmad Samsuri mengatakan bonus kepada penjawat awam Terengganu akan diumumkan selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember 2023.

Menurutnya, langkah itu diambil kerana pihaknya mahu lebih berhati-hati bagi mengelakkan timbul sebarang isu pengumuman bonus yang dikaitkan sebagai rasuah pilihan raya.

Ahmad Samsuri bagaimanapun memberi bayangan bahawa jumlah bonus tersebut akan jauh lebih besar nilainya berbanding bonus yang diberi pada tahun 2022 iaitu RM900. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya