Waspada ketika jalankan aktiviti di laut  - Utusan Malaysia

Waspada ketika jalankan aktiviti di laut 

ANGGOTA Maritim Malaysia Pulau Pinang mengedarkan pelekat maklumat keselamatan di laut kepada pengusaha bot di sekitar kawasan perairan Pulau Pinang, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menasihatkan semua pihak berjaga-jaga sewaktu menjalankan aktiviti air di kawasan laut semasa keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim SP Nak Rong berkata, mereka yang menjalankan aktiviti pelancongan di sekitar perairan pantai juga dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan situasi semasa.

Kata beliau, pihaknya juga melaksanakan rondaan Preventive Search & Rescue (SAR) di sekitar perairan Pulau Kendi dan Teluk Bahang dekat sini, sempena sambutan perayaan Hari Krismas semalam.

“Pemantauan dilakukan oleh beberapa buah bot ronda setiap hari terdiri daripada pasukan yang bertugas di bawah rutin rondaan Maritim Malaysia.

”Ketika keadaan cuaca yang tidak menentu, aktiviti pelancongan di sekitar perairan pantai juga dinasihatkan supaya berjaga-jaga dengan situasi semasa,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, anggota yang melaksanakan rondaan pantai turut berkomunikasi secara langsung dengan komuniti maritim yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha bot penumpang dan bot pancing dengan mengedarkan pelekat maklumat keselamatan di laut.

”Inisiatif yang bermula pada 22 Disember hingga hari ini bertujuan membendung kejadian yang tidak diingini.

“Ia juga sebagai bantuan kecemasan serta-merta jika berlakunya situasi merbahaya bagi mengurangkan kes kehilangan nyawa dan kerugian harta benda di laut,” katanya.

Tambahnya, komuniti nelayan turut dinasihatkan sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan iklim yang tidak dijangka.

“Penyebaran maklumat palsu mengenai kejadian ribut petir mahupun keadaan bantuan kecemasan di laut yang tidak sahih adalah dilarang sama sekali bagi menjaga sensitiviti masyarakat.

”Sebarang maklumat awam berkaitan pelanggaran undang-undang dan carilamat maritim boleh disalurkan menerusi talian Malaysia Emergency Response Service (MERS) 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2637481,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya