Wartawan hiburan kritikal di London - Utusan Malaysia

Wartawan hiburan kritikal di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wartawan hiburan, Fiza Kamarudin yang dilaporkan tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London kini dirawat di sebuah hospital dekat England, di sini.

Fiza, atau nama sebenar Siti Nor Hafiza Kamarudin, 40, yang menerima rawatan di Hospital Charing Cross difahamkan tidak sedarkan diri beberapa jam sebelum dia dan keluarga dijadualkan berlepas pulang ke tanah air, semalam.

Sehubungan itu, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) telah melancarkan tabung kecemasan bagi membantu memudahkan urusan ibu dua cahaya mata itu.

Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, inisiatif itu digerakkan selepas mendapat persetujuan suami Fiza iaitu Mohd Roshdi.

“WHAM mengambil kesempatan ini mengalu-alukan semua pihak untuk membantu sahabat kita ini yang sedang memerlukan. Biarpun sedikit tetapi ia sungguh bermakna dan dihargai.

“Kami juga mengalu-alukan sumbangan rakan artis dan mana-mana pihak yang pernah bekerjasama dengan Fiza. Memandangkan kita belum tahu berapa lama lagi Fiza perlu mendapatkan rawatan di sana dan bilakah dia akan dibawa pulang ke Malaysia, sudah pasti keluarganya memerlukan bantuan dan sokongan kewangan.

“WHAM merakamkan jutaan terima kasih dan semoga urusan Fiza dipermudahkan di sana. Semoga doa kita untuk kesembuhan sahabat kita itu dimakbulkan,” katanya dalam kenyataan.

Fiza yang juga merupakan wartawan portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London. Dia, suami dan dua anaknya berlepas pada pertengahan Disember lalu dan sepatutnya pulang ke Malaysia semalam.

Meskipun keadaan kesihatannya kurang baik sebelum ini, keluarga memilih untuk menunaikan hajat Fiza bercuti atas permintaan beliau sendiri.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan mereka ke akaun Maybank 5620 2169 1966 atas nama Mohammad Sudirman (Penolong Setiausaha WHAM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN