Warga Singapura antara 7 kategori dikecuali MDAC

Warga Singapura antara 7 kategori dikecuali MDAC

SAIFUDDIN Nasution Ismail diberi penerangan oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh di KLIA. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Kesemua rakyat Singapura ingin memasuki negara ini tidak perlu mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) yang mula dilaksanakan pada 1 Disember lalu.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kerana warga republik itu merupakan rakyat asing paling tinggi datang ke Malaysia.

“Kita sensitif dengan reaksi mereka apatah lagi dua pintu masuk darat di Johor merupakan laluan sempadan antarabangsa paling sibuk di dunia,” katanya dalam sidang akhbar di sini selepas meninjau pelaksanaan pelan liberalisasi visa dan tambahan 14 kaunter imigresen baharu di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Setiap hari lebih 350,000 pengguna melintasi Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor dengan Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas di Singapura dengan merekodkan 135 juta pelawat setahun, peningkatan tahunan 15 peratus.

Saifuddin berkata, kelonggaran itu akan memudahkan kelancaran pergerakan dan langkah sama juga dinikmati warga Malaysia yang perlu memasuki Singapura atas urusan kerja.

“Pengecualian bagi rakyat republik itu kena mengisi MDAC tidak terhad di Terminal 1 dan 2 KLIA, malah meliputi kesemua 141 pintu masuk lain di seluruh negara ini,” jelas beliau.

Selain itu katanya, kelonggaran ini juga dinikmati pemegang pasport diplomatik dan rasmi di samping pemastautin tetap Malaysia serta pemegang pas jangka panjang Malaysia.

Tidak ketinggalan tambahnya, rakyat dari tiga negara jiran ASEAN antaranya pemegang Sijil Pengenalan Biasa Brunei dan yang ada dokumen Brunei-Malaysia Frequent Traveller Facility.

Begitu juga pengecualian sama diberikan kepada pemegang Pas Sempadan Thailand dan Pas Lintas Batas Indonesia kerana mereka sering kali berulang alik memasuki Malaysia.

Menyentuh pelaksanaan MDAC, Saifuddin Nasution memaklumkan bahawa pihaknya tetap menawarkan kelonggaran mengisinya di pintu masuk negara sehingga hujung bulan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya