Wanita dikurung sebelum diseludup ke negara jiran diselamatkan polis - Utusan Malaysia

Wanita dikurung sebelum diseludup ke negara jiran diselamatkan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita warga tempatan berjaya diselamatkan oleh sepasukan anggota polis daripada menjadi mangsa kes pemerdagangan manusia dalam kejadian Khamis lalu.

Ketika ditemui, wanita berusia 22 tahun itu didapati sedang dikurung secara salah di kawasan Taman Sanctuary, Machang Bubok, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, terdahulu, polis menerima laporan mengenai kejadian itu sebelum bertindak menyerbu lokasi berdasarkan maklumat yang diperoleh.

TAN CHENG SAN

Katanya, selain berjaya menyelamatkan mangsa, polis turut menahan seorang suspek iaitu lelaki tempatan berusia 34 tahun dalam serbuan tersebut.

“Siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan (suspek) sedang menguruskan mangsa untuk dihantar ke negara jiran iaitu di sekitar Asia Tenggara ini untuk bekerja sebagai operator bersama satu sindiket penipuan dalam talian,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Cheng San berkata, polis turut merampas dua buah kenderaan, sebuah komputer riba serta beberapa peralatan berkaitan aktiviti pelacuran dalam serbuan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 ATIPSOM (Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran) 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih daripada 15 tahun dan dikenakan denda.

“Pada masa sama, kes juga boleh disiasat di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda sebanyak RM2,000,” ujar beliau.

Tambahnya, pihak ibu pejabat polis daerah (IPD) SPT khususnya amat mengalu-alukan masyarakat untuk sentiasa menyalurkan segala bentuk maklumat mengenai kejadian jenayah dan dadah dengan menghubungi talian 04-5382222 atau datang sendiri ke mana-mana balai polis yang berhampiran. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya