Wali gegar Pulau Pinang 3 Februari depan - Utusan Malaysia

Wali gegar Pulau Pinang 3 Februari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Untuk memenuhi permintaan peminat, syarikat Orange International bakal membawa kumpulan terkenal Indonesia, Wali ke Pulau Pinang menerusi konsert Cari Jodoh & Dawai In Penang pada 3 Februari tahun depan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas syarikat berkenaan, Datuk Mohd Fadzli Idrus, penganjuran konsert berkenaan adalah susulan kejayaan dua konsert, Radja dan Ella yang diadakan di negeri tersebut sebelum ini

“Alhamdulillah, selepas beberapa siri konsert yang diadakan, pihak Orange International terus berkembang dan berhasrat untuk memajukan industri hiburan tanah air, ekonomi serta aktiviti pelancongan dalam negara.

“Setelah kejayaan konsert Radja dan Ella tempoh hari, pihak kami sekali lagi membawakan hiburan dari seberang iaitu kumpulan pop popular Indonesia, Wali Band buat peminat yang berada di sebelah utara khususnya Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan.

Wali Band yang dianggotai Faank (vokalis), Apoy (gitaris), Tomi (pemain dram) dan juga Ovie (pemain keyboard) ditubuhkan pada 1999 merupakan kumpulan pop Indonesia popular dalam menyampaikan lagu-lagu bergenre alternatif, rock, religi, balada dengan sentuhan etnik Melayu.

Kumpulan tersebut terkenal menerusi lagu-lagu hit antaranya Baik-Baik Sayang, Cari Jodoh, Doaku Untukmu Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu.

Tambah Fadzli, kehadiran Fadhilah yang kini hangat dengan lagu Dawai juga menjadi antara tarikan selain kemunculan penyanyi bersuara lantang, Khai Bahar dan penyanyi rap berbakat besar, Saixse..

Konsert yang dijangkakan akan berlangsung selama 2 jam lebih ini bakal menyajikan 13 sehingga 15 buah lagu. Tambah menarik, warna hijau yang dipilih sebagai tema menambah kemeriahan konsert itu nanti.

“Kami menggalakkan penonton untuk mengenakan pakaian berwarna hijau pada konsert tersebut sebagai tanda sokongan terhadap program Eco-Schools. 

“Saya berharap agar peminat muzik akan terus menyokong kami dalam memberikan hiburan yang terbaik dan yang paling penting agar semua ‘enjoy’ dan ‘sing-along’ pada malam konsert nanti selama 2 jam tanpa henti kerana seleksi lagu dari pelbagai genre yang bakal dibawakan.

Tiket Konsert Wali Cari Jodoh & Dawai boleh didapati menerusi laman sesawang ticket2u.com.my/walipenang. Hubungi hotline 011-1133 7638 untuk makluman lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya