UUM sahkan pelajar Palestin terbunuh di Gaza

UUM sahkan pelajar Palestin terbunuh di Gaza

ESAM M. M. ELKAHLOUT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) berasal dari Palestin disahkan terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, beberapa hari lalu.

UUM memaklumkan, Esam M. M. Elkahlout, 38, merupakan pelajar semester kelima Program Doktor Falsafah (PhD) jurusan Undang-Undang di universiti itu.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Undang-Undang UUM, Prof. Dr. Harlida Abdul Wahab berkata, pihaknya baru mendapat berita berkenaan hari ini dan sedang menunggu maklumat lanjut.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Dr. Mohd. Foad Sakdan turut mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar berkenaan.

“Saya ingin mengajak semua warga UUM dan rakyat negara ini terus berdoa agar peperangan di Palestin dapat dinoktahkan segera.

“Seluruh dunia wajar memberi peluang untuk penduduk Palestin dapat meneruskan pendidikan mereka ke peringkat lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Foad, UUM akan terus membantu warga Palestin untuk memberikan peluang pendidikan dengan yuran yang sama dengan pelajar tempatan, selain pelbagai bentuk bantuan turut dihulurkan kepada mereka. –UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.