UiTM capai kedudukan ke-151 di Asia, 599 di dunia - Utusan Malaysia

UiTM capai kedudukan ke-151 di Asia, 599 di dunia

UiTM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) mencapai kedudukan ke-151 di Asia dan ke-599 keseluruhan 1,403 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh dunia melalui penarafan QS World University Rankings: Sustainability 2024.

Bagi perbandingan universiti tempatan, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu menduduki tempat ke-13 daripada 26 yang tersenarai.

Malah bagi tahun 2024, universiti terbesar dengan jumah mahasiswanya seramai 166,000 orang itu menunjukkan peningkatan dalam pencapaiannya sebanyak 11.6 peratus membolehkan ia mencapai kedudukan tersebut berbanding tahun lalu.

Universiti itu dalam kenyataannya berkata, indikator bagi 2024 mengalami perubahan ketara terutamanya dengan kemasukan ‘Tadbir Urus’ sebagai salah satu penilaian utama di samping ‘Kesan Alam Sekitar’ dan ‘Kesan Sosial’ yang diperkenalkan tahun lepas.

“UiTM menyaksikan peningkatan kedudukan bagi indikator ‘Kesan Alam Sekitar’ apabila berjaya mencapai skor lebih tinggi daripada skor median berdasarkan taburan markah global. 

“Peningkatan skor juga dirakamkan bagi indikator ‘Impak Sosial’ yang diukur melalui lima indikator; Pertukaran Pengetahuan, Kebolehpasaran dan Keberhasilan, Kesaksamaan, Kesihatan dan Kesejahteraan serta Kesan Pendidikan. 

Malah, kedudukan UiTM bagi indikator Pertukaran Pengetahuan meningkat daripada kedudukan =401 pada tahun lepas kepada =178 pada tahun ini, yang menonjolkan dedikasi universiti ke arah pertukaran ilmu merentas negara dalam memberi impak yang positif kepada masyarakat setempat,” katanya.

Dalam pada itu, UiTM memaklumkan, bagi indikator “Tadbir Urus” baharu yang diperkenalkan tahun ini, universiti dengan 34 cawangan itu tersenarai antara 40 peratus institusi teratas di dunia berdasarkan taburan markah global. 

“Indikator ini mengukur sama ada institusi mempunyai tadbir urus yang kukuh dalam membenarkan keputusan dibuat secara terbuka, perwakilan pelajar, budaya beretika dan ketelusan kewangan.

“Dengan pengiktirafan ini, UiTM komited untuk memenuhi matlamat asal penubuhannya bagi penghasilan bakat bumiputera profesional yang relevan dengan keperluan setempat dan sejagat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya