Tumpu pembangunan warung, gerai bukan projek mega-Anwar

Tumpu pembangunan warung, gerai bukan projek mega-Anwar

ANWAR Ibrahim semasa melawat gerai-gerai pameran di Karnival HPPK di Penampang hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Sebelum memberi penekanan kepada pembangunan projek-projek mega di kota-kota besar, bangunkan dahulu warung dan gerai yang menjadi tumpuan majoriti rakyat di negara ini.

Kerajaan julung kali memberi penekanan untuk bangunkan kota-kota besar namun, tidak memberi keutamaan kepada keperluan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mahu di bawah dasar Madani, beliau ingin Kuala Lumpur dikenali menerusi warung dan gerai-gerai yang bersih dan indah.

“Saya nak dasar yang berbeza. Kita kenal Kuala Lumpur kerana Menara Berkembar KLCC dan hotel-hotel lima bintang. Tapi sekarang saya nak kenal KL menerusi warung, gerai dan restoran yang bersih dan indah.

“Kita putuskan (laksana) projek raksaksa bukan gedung tapi, bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka dijadikan kota warisan. Ada sejarah yang kita pertahankan, ada keindahan.

“Rancangan kita, kawasan itu menjadi pelan pembangunan yang indah untuk KL, untuk keselesaan hidup rakyat di bawah konsep Madani.

“Saya percaya Kota Kinabalu dan kota-kota lain juga memberi tumpuan kepada pengurusan gerai dan warung yang lebih baik. Tumpukan kepada pembangunan warung dan gerai kerana majoriti rakyat mengunjungi warung dan gerai,” katanya semasa Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) peringkat Kebangsaan 2023 hari ini.

Maka, adalah menjadi tanggungjawab majlis-majlis perbandaran untuk menjaga kebersihan dan memastikan ia bersih dan indah.

Dalam majlis itu, Anwar juga bersetuju dengan cadangan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick yang mahukan dana RM20 juta dikendalikan oleh Kementerian berkenaan.

Daripada jumlah itu, RM1 juta akan diperuntukan bagi membantu pengurusan penjaja kecil manakala, beliau turut meluluskan peruntukan tambahan untuk Parlimen Penampang sebanyak RM2 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya