Tiga suspek curi duit tabung masjid diburu polis - Utusan Malaysia

Tiga suspek curi duit tabung masjid diburu polis

TANGKAP layar daripada rakaman CCTV menunjukkan tiga lelaki mencuri duit dari tabung sebuah masjid di daerah ini, Ahad lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu sedang giat mengesan tiga suspek yang disyaki mencuri duit dari tabung sebuah masjid di daerah ini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 4 Disember lalu.

Menurut beliau, kecurian itu dipercayai berlaku sekitar pukul 3 petang pada Ahad lalu di dalam ruangan solat masjid tersebut melibatkan tiga suspek yang tidak dikenali.

“Kejadian berkenaan disedari pengadu pada hari sama selepas mendapati tabung masjid dalam keadaan terbuka sebelum mendapati sejumlah wang telah hilang.

“Pengadu kemudian memeriksa rakaman litar tertutup (CCTV) dan membuat laporan polis keesokan hari di Balai Polis Manir, Kuala Terengganu pukul 10.14 pagi.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti dan mengesan suspek yang terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi atau hadir balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri dalam bangunan.

Terdahulu tular di media sosial sebuah video berdurasi empat minit menunjukkan tiga suspek disyaki mencuri duit dari dua buah peti besi di ruangan solat sebuah masjid.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Masjid Kampung Jeram dekat Manir di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya