Tiada kompromi premis sewa lesen perniagaan

Tiada kompromi premis sewa lesen perniagaan, ambil PATI – Zaliha

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah mengambil tindakan terhadap premis-premis yang menyewa lesen perniagaan dan mengambil pendatang asing tanpa izin (PAT) sebagai pekerja bagi membanteras masalah itu secara menyeluruh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa berkata, arahan itu meliputi tinjauan dan pemantauan berkala terhadap premis-premis perniagaan di sekitar Kuala Lumpur.

“Ini bagi memastikan isu seperti penyewaan lesen perniagaan kepada warga asing tanpa dokumen yang sah dan pengambilan pekerja dalam kalangan PATI dapat dibanteras sebaiknya.

“Para pemilik premis perniagaan diingatkan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan DBKL, khususnya melibatkan PATI bagi mengelakkan risiko penarikan atau penggantungan lesen perniagaan masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga menyeru semua pemilik premis di Kuala Lumpur menggunakan saluran yang betul jika berhasrat mengambil pekerja asing dan mengelak dari menggajikan PATI.

“Saya berterima kasih kepada Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia atas tindakan menyerbu dan menangkap pendatang asing tanpa izin di Jalan Silang, Kuala Lumpur dua hari lalu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN