Tiada jalan mudah, semua pelakon kena uji bakat - Utusan Malaysia

Tiada jalan mudah, semua pelakon kena uji bakat

KUALA LUMPUR 18 DISEMBER 2023 - Pelakon, Susan Lankester pada sidang akhbar filem Rain Town di Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO / PEMBERITA: FAIZAL & HASIF UTUSAN / EMIRA KOSMO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUALA LUMPUR: Pengalaman 40 tahun dalam dunia lakonan bukan alasan kepada pelakon bertaraf legenda, Susan Lankester untuk tidak menghadiri sesi uji bakat bagi mendapatkan tawaran berlakon drama atau filem.
Malah, Susan yang sudah memegang status pelakon prolifik dengan pelbagai pengiktirafan, menunjukkan contoh yang baik kepada pelapis baharu apabila masih hadir uji bakat lakonan meskipun berberpengalaman dalam bidang tersebut.
“Uji bakat adalah satu amalan yang sihat untuk pelakon, tak kira yang baru atau berpengalaman. Tiada jalan mudah, kita semua perlu bersusah payah kalau mahu merebut peluang.
“Contoh filem Rain Town, saya hadir uji bakat untuk watak Aileen kerana menerusi sesi tersebut, saya dapat bertanya terus kepada pengarah tentang apa yang mereka cari menerusi watak tersebut,” kata Susan.
Dalam masa yang sama, Susan menyarankan semua pelakon agar tingkatkan usaha dengan menghadiri sesi uji bakat untuk menonjolkan kebolehan sebenar mereka.
“Jangan semata-mata bergantung kepada uji bakat yang dibuat agent yang dilantik, hadirlah ke uji bakat bersama pengarah atau penerbit.
“Saya beberapa kali hadiri uji bakat bersama pengarah dan bersyukur kerana saya lulus untuk sebilangan besar watak yang saya mahukan.
“Uji bakat yang dilakukan sebenarnya baik untuk mempersiapkan pelakon sebelum masuk ke set penggambaran kerana ketika sesi tersebut, kita sudah jelas tentang watak yang akan kita bawakan,” kongsinya lagi.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN