Terlalu cantik! Netizen tuduh Adrienne Bailon buat pembedahan plastik - Utusan Malaysia

Terlalu cantik! Netizen tuduh Adrienne Bailon buat pembedahan plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Bintang filem The Cheetah Girls, Adrienne Bailon kesal dengan tindakan seorang netizen yang menuduhnya melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan langsing.

Komen tersebut dilayangkan individu terbabit menerusi salah satu hantaran Bailon yang merakam dirinya memakai pakaian mandi berwarna hitam baru-baru ini.

Bercakap kepada Entertainment Tonight, Bailon, 40, menyifatkan komen tersebut sebagai satu penghinaan buatnya yang berusaha gigih melakukan pelbagai cara, selain pembedahan plastik untuk kelihatan cantik.

“Sebagai seorang ibu, saya semakin kesempitan masa untuk ke gimnasium.

“Tetapi komen seperti itu membuat saya beranggapan diri saya terlalu cantik sehinggakan orang menyangka saya melakukan pembedahan plastik. Menakjubkan bukan?

“Orang tetap beranggapan saya melaburkan wang yang banyak untuk kelihatan seperti ini,” katanya.

Bailon baru-baru ini mencuri perhatian setelah membalas komen seorang pengguna Instagram yang mendakwanya melakukan pembedahan plastik.

Bekas pengacara rancangan televisyen The Real itu dalam komen balasnya menyindir individu terbabit dengan menyatakan doktor yang membedahnya adalah ibunya sendiri, Nilda Felix.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN