Terima azab kubur walau mati syahid - Utusan Malaysia

Terima azab kubur walau mati syahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Saya ada dengar seorang ustaz beri ceramah jika mati syahid tidak akan dapat azab kubur. Dia seperti burung berterbangan di syurga. Tetapi kalau tak silap, saya ada terbaca hadis mengatakan ada sahabat nabi yang mati syahid tetapi dikenakan azab kubur kerana ambil harta rampasan perang. Minta penjelasan ustaz.

Azlina Badursah
Johor

Jawapan
Setiap benda ia bersyarat. Walaupun kelebihan syahid itu sangat besar namun ia bersyarat, tidak merampas harta perang dengan batil. Namun apabila syarat tidak dipenuhi maka ternafilah fadilat tersebut.

Terkentut kena ulangi wuduk

Soalan
Adakah perlu saya ulangi wuduk dari mula jika saya terbuang angin ketika saya berwuduk?

Mohd. Zubir Zakaria
Kuala Lumpur

Jawapan
Wajib mengulang wuduk sekiranya angin keluar dari dubur kerana ia adalah termasuk di dalam perkara-perkara yang membatalkak wuduk.

Imam kena serangan jantung

Soalan
Sekiranya imam tiba-tiba terkena serangan jantung atau strok ataupun meninggal dunia ketika memimpin solat, bolehkah makmum membatalkan solat untuk membantu imam atau solat perlu diteruskan dengan salah seorang makmum ganti imam tersebut?

Yusuf
Pahang

Jawapan
Sekiranya imam pengsan maka makmum di belakangnya boleh menggantinya menjadi secara istikhlaf tanpa ada pembatalan solat jamaah. Namun sekiranya keadaan memerlukan pertolongan boleh sebahagian makmum membatalkan solatnya untuk memberi pertolongan.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya