Terengganu Inc berjaya rangkul dua anugerah tertinggi MIHRM - Utusan Malaysia

Terengganu Inc berjaya rangkul dua anugerah tertinggi MIHRM

BURHANUDDIN Hilmi Mohamed @ Harun bersama anugerah yang diterima Terengganu Inc pada majlis penyampaian Anugerah Sumber Manusia Malaysia-Antarabangsa 2023 Ke-23 di Dorsett Grand Subang, Selangor, Jumaat lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Syarikat pelaburan induk strategik Kerajaan Negeri Terengganu iaitu Terengganu Inc terus melakar kecemerlangan apabila berjaya meraih dua anugerah tertinggi pada majlis penyampaian Anugerah Sumber Manusia Malaysia-Antarabangsa 2023 Ke-23 di Dorsett Grand Subang, Selangor, Jumaat lalu.

Terengganu Inc berjaya merangkul Anugerah Tertinggi Antarabangsa dan Anugerah Majikan Pilihan (Sektor Swasta) dalam majlis yang dianjurkan oleh Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM) tersebut.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, syarikat telah melalui dua proses penilaian juri yang ketat pada Oktober sehingga November sebelum dipilih menjadi pemenang anugerah berprestij itu.

“Ini adalah satu pengiktirafan signifikan syarikat sebagai pelopor dalam amalan pengurusan sumber manusia terbaik di Terengganu dan Pantai Timur, menonjolkan penglibatan pekerja yang luar biasa dan mencipta budaya tempat kerja yang unggul.

“Anugerah ini adalah hasil inisiatif modal insan seperti dapatan tenaga kerja yang betul menerusi pembentukan Prosedur Operasi Standard (SOP), Talent Pool Programme dan TI Management Trainee (TI-Mate).

“Selain itu, Terengganu Inc turut melabur sebanyak RM838,500 bagi latihan dan pembangunan skill dalam tenaga kerja semasa dan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mustapha Sakmud disaksikan Presiden MIHRM, Simon Benjamin.

Anugerah MIHRM ialah acara utama dengan pengiktirafan global yang dianjurkan oleh MIHRM sejak 1999 dan tahun ini adalah kali ke-23 penganjurannya.

Mengulas lanjut, Burhanuddin berkata, menurut pandangan panel juri, Terengganu Inc layak menerima anugerah tersebut kerana telah menonjolkan pembentangan berkualiti tinggi yang disampaikan dalam proses penilaian sebelum ini.

“Hasilnya, anugerah terulung tersebut telah berjaya menjadi milik Terengganu Inc mendahului lebih 20 majikan daripada sektor awam dan swasta di seluruh negara.

“Terengganu Inc turut menawarkan pelbagai faedah dan imbuhan kompetitif termasuk manfaat tambahan bagi aspek kesihatan dan kesejahteraan, pembelajaran dan profesional, cuti bergaji tambahan, persaraan dan keluarga, serta program kerohanian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya