Tak mungkin ke separuh akhir kalau sendu - Shiha tangkis pandangan negatif mebabitkan Kalam - Utusan Malaysia

Tak mungkin ke separuh akhir kalau sendu – Shiha tangkis pandangan negatif mebabitkan Kalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Shiha Zikir meluahkan rasa gembira apabila karya etnik nyanyiannya, Kalam diumum mara ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38)

Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd. Zikir pada masa sama bersyukur kerana lagu hasil ciptaan komposer muda Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves berjaya menempah tempat di pertandingan yang bakal berlangsung Mac tahun depan itu.

“Sebenarnya dari peringkat separuh akhir lagi Shiha berasa sebak dan terharu kerana ramai peminat sedar kewujudan lagu Kalam dan mengundinya hingga ke tahap ini.

“Sekarang ni bila layak ke AJL, rasa gembira dan bersemangat memandangkan lagu ini sangat bermakna buat Shiha kerana ia sebuah lagu tradisional fusion.

“Shiha memang nak sangat lagu-lagu berentak tradisional macam ni layak ke peringkat tertinggi seperti AJL,” katanya.

Mengulas tentang tindakan netizen yang menyifatkan Kalam sebagai sebuah lagu sendu, Shiha memaklumkan tidak terkesan malah menegaskan lagu tersebut mempunyai kualiti setanding lagu-lagu lain yang turut mara ke anugerah berkenaan.

“Jika benar sambutannya sendu, tak mungkin lagu ini akan dipilih sebagai 30 buah karya di peringkat separuh akhir kerana untuk berada di SFMM, ia perlukan undian yang cukup daripada peminat,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Shiha turut menangkis tindakan beberapa pihak mempertikaikan penyertaannya ke AJL38 yang berturutan sejak penganjuran AJL35.

“Kali pertama sewaktu AJL35, saya masuk sebab menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu 7 Nasihat.

“Pada edisi AJL36 barulah buat julung kalinya saya lepas ke pentas akhir dengan lagu nyanyian sendiri iaitu AEWO bersama Noki.

“Tahun lepas adalah yang kedua kalinya menerusi lagu Irama. Itupun saya cuma menang kategori Persembahan Terbaik, bukannya menang keseluruhan,” ulasnya memberi pencerahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN