Syarikat perkapalan berpangkalan di Israel disekat

Syarikat perkapalan berpangkalan di Israel disekat, dilarang berlabuh di Malaysia 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM (ZIM Integrated Shipping Services Ltd) daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap rakyat Palestin.

“Oleh itu, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuat kuasa serta-merta.

“Pada masa sama, kerajaan turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini.

“Kerajaan Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia. Kedua-dua sekatan ini berkuatkuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat itu berlabuh di Malaysia.

Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia, bagaimanapun, kerajaan hari ini memutuskan membatalkan kesemua keputusan Kabinet terdahulu.

Dalam pada itu, kata Anwar: “Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan Malaysia.”

Sebelum ini, Gerakan Boikot, Pelupusan dan Sekatan (BDS) Malaysia dilaporkan menggesa kerajaan menghalang kapal Israel daripada berlabuh di Pelabuhan Klang.

Menurut BDS Malaysia, ZIM dijadualkan berlabuh di Westport, Pelabuhan Klang pada 26 Disember ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya