SMK Syed Alwi terus unggul, pertahan kejuaraan 10 tahun berturut-turut - Utusan Malaysia

SMK Syed Alwi terus unggul, pertahan kejuaraan 10 tahun berturut-turut

PASUKAN bawah 18 dan 15 tahun SMK Syed Alwi berjaya muncul juara kejohanan bola sepak Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs) 2023 di SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi terus unggul apabila berjaya mempertahankan kejuaraan bola sepak bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs) 2023 yang berlangsung di SMK Syed Hassan di sini, semalam.

Dalam perlawanan akhir tersebut, pasukan SMK Syed Alwi di bawah kendalian jurulatih, Mohd. Annif Mat Aman, Nor Afizan Abd. Aziz dan Mohd Izuan Ismail berjaya menewaskan SMK Syed Hassan yang juga merupakan sekolah sukan negeri dengan jaringan 3-0.

SMK Syed Alwi turut melengkapkan pencapaian gemilang apabila pasukan bawah 15 tahun turut muncul juara selepas menewaskan SMK Agama Arau 2-0 dalam aksi final tersebut.

PASUKAN bawah 18 tahun SMK Syed Alwi berjaya mempertahankan kejuaraan 10 tahun berturut-turut kejohanan bola sepak MSSPs 2023 di SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis semalam.-UTUSAN

Pasukan bawah 15 tahun SMK Alwi dikendalikan dibawah barisan kejurulatihan terdiri daripada Hafizal Musa, Rafie Ibrahim dan Bri Ibrahim.

Menurut barisan kejurulatihan SMK Syed Alwi, rahsia kejayaan pasukan ialah latihan berterusan sepanjang tahun selain menitikberatkan disiplin semasa latihan dan di luar padang.

Pasukan bola sepak SMK Syed Alwi juga mewakili Pusat Latihan Daerah (PLD) Kangar dalam program pembangunan bola sepak negara (NFDP).

Manakala pasukan bawah 13, 15 dan 17 tahun sekolah berkenaan juga merupakan juara bertahan untuk pertandingan program pembangunan bola sepak negara negara peringkat negeri ini sejak tahun 2012 dan akan mewakili Perlis di peringkat kebangsaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya