Siapa pempengaruh itu? Maaf, saya tak boleh sebut nama - Uyaina Arshad - Utusan Malaysia

Siapa pempengaruh itu? Maaf, saya tak boleh sebut nama – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Siapa pempengaruh itu? Maaf, saya tak boleh main petik mana dia. Tetapi saya rasa, perasaan bongkak dan angkuh tidak patut ada. Kalau pergi mana-mana acara, senyum. Jangan rasa diri gah sangat.”

Demikian jawapan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad selepas beberapa kali diasak mendedahkan pempengaruh yang dimaksudkan dalam ciapannya baru-baru ini.

Uyaina berkata, seseorang selebriti tidak kira seramai mana pun pengikutnya harus menjauhi sifat sombong dan bongkak apatah lagi tatkala bertemu peminat dan rakan-rakan selebriti lain di acara-acara hiburan.

“Takkan sebut nama dia, tetapi siapa terasa, Alhamdulillah. Sebenarnya itu pesanan untuk diri sendiri juga. Saya juga sering ke acara hiburan, selalu nasihat diri jangan sombong. Kita bukan sesiapa.

“Tidak kira kita ini popular ke, pengikut berjuta sekali pun, jangan rasa diri terlalu hebat. Senyuman kan satu sedekah. Saya ralat bila ada yang bersifat begitu. Bayangkan saya senyum dia buat bodoh sahaja.

“Kalau tak nampak lainlah cerita. Ini tipu sangat kalau cakap tak perasan dan ampak. Awak, Izara Aishah yang popular dan lawa macam itu pun sentiasa senyum serta ramah? Manakala awak?” ujarnya.

Terdahulu, ciapan Uyaina di aplikasi X mengundang perbincangan ramai apabila dia menegur seorang pempengaruh yang bersifat sombong di sebuah acara hiburan baru-baru ini.

“Soalan, kenapa pempengaruh lagi berlagak daripada selebriti? Pengikut juta-juta ke ribu-ribu ke jangan lah rasa diri tu popular sangat.

“Chill sudah lah, berlagak nak pergi mana?” ciap pelakon itu.

Dalam pada itu, pengacara Wanita Hari ini itu juga terkejut apabila ciapannya itu menjadi buah mulut dan dia kerap diasak untuk mendedahkan pempengaruh tersebut.

“Lepas ini kena fikir dulu nak ciap apa, sebab tak sangka pula tular. Saya memang seorang yang lantang tetapi dalam topik dan isu yang berkaitan serta difahami secara fakta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN