Seperti anak keldai - Jang Na-Ra akui suaminya tampan dan comel - Utusan Malaysia

Seperti anak keldai – Jang Na-Ra akui suaminya tampan dan comel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon, Jang Na-ra merupakan yang terlebih dahulu membuka langkah mengenali suaminya pada tahun 2019.

Jang menerusi temu ramah rancangan You Quiz memaklumkan pengenalan bersama suami bermula dalam drama VIP, di mana lelaki itu bekerja sebagai kru penggambaran.

katanya, keseriusan suaminya selain ketampanan dimilikinya menarik minatnya untuk mengenali lelaki itu secara lebih dekat.

“Saya pernah terpandang dia tersenyum ketika berbincang dengan pengarah.

“Saya rasa, ketika itu saya sudah jatuh hati kepadanya. Dia tampan sesuai dengan dirinya. Seperti anak keldai yang comel,” kata Jang berseloroh.

Pelakon itu sedaya upaya mencari alasan untuk bercakap dengan suaminya itu walaupun selepas penggambaran berakhir.

“Saya kemudian menyusun gambar-gambar yang diambil semasa penggambaran dan ternampak dia di dalam salah satu gambar. Mungkin ini peluang yang baik untuk bercakap dengannya.

“Kemudian, saya hantar gambar tersebut kepadanya melalui mesej dan mencari alasan untuk bersembang.

“Saya sendiri yang mengatakan kepadanya bahawa saya tidak menganggap dia sebagai rakan sekerja kemudian mengakui menyukainya,” dedah Jang.

Selepas itu, masing-masing mula berbincang untuk membawa perhubungan tersebut ke arah lebih serius sebelum akhirnya berkahwin pada Jun lalu.

Jang turut menunjukkan beberapa keping gambar dia dan suami ketika penggambaran drama tersebut pada tahun 2019 lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN